Monday, May 21, 2007

Menghargai Anugerah Illahi

Sesungguhnya warga seni visual kreatif seperti kami tidaklah bijak matematik untuk menjadi akauntan yang hebat. Namun kelebihan menghasilkan rekabentuk visual kreatif adalah amat berharga bagi kami..ianya anugerah Illahi yang tidak terhingga. Menghasilkan karya kreatif, inovatif, asli dan berestetika tinggi adalah suatu kepuasan yang tiada noktah akhir kerana cetusan dan perkembangan idea sentiasa mengelodak. Walau pun begitu, anugerah berharga ini usahlah dicemari dengan sikap takbur dan meninggi diri. Ilham itu datangnya dari Allah..wassalam.

No comments: