Tuesday, November 20, 2007

Logo TOONZ DAY Creative Multimedia [Animation]

Salam kepada semua..
Creative Multimedia [Animation] akan mengadakan TOONZ DAY untuk mempamerkan hasilkerja para animator KKSY. Logo ini telah direka khas untuk program ini. Ia diolah menggunakan perisian Adobe Illustrator CS & Adobe Photoshop. Imej diserlahkan dengan penggunaan fx bevel & emboss serta drop shadow. Gradient transparent juga diaplikasikan di sini diadun dengan layer effect overlay. Menyentuh mengenai Character/Avatar Creative Multimedia [Animasi], ianya berasal dari identiti diri saya sendiri (Mohd Faisal) yang diolah dari beberapa siri self-caricature. Character ini memiliki 2 helai rambut yang sebenarnya adalah simbolik diri saya sendiri yang semakin botak menjadi ahli fikir..huhuhu..Semoga karya masterpiece ini menjadi inspirasi kepada para animator di seluruh dunia.

Saturday, November 17, 2007

BANNER DESIGN -KELATE DOT NET

Baru-baru ini sebuah kelab penyokong bola sepak Kelantan iaitu Kelate Dot Net telah menggunakan khidmat UbiCreative untuk menghasilkan banner berukuran 10' x 4'. Projek ini agak mencabar kerana pihak client tidak mempunyai softcopy or hardcopy logo mereka (Kelate Dot Net), Jata Negeri, logo Kelantan FA, bendera negeri dan sebagainya. Namun syukur kerana berkat pengalaman dan kreativiti, akhirnya projek berjaya disiapkan dalam masa 3 jam lengkap dengan banner, maskot [reproduction], logo [reproduction], bendera dan jata. Artwork secara keseluruhannya menggunakan perisian Adobe Illustrator CS melalui proses digital imaging.

BANNER DESIGN FOR PSH KKSY










Banner untuk mempromosikan Bengkel Tatarias Remaja anjuran Unit Kursus Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Selayang. Berukuran 8' x 3', rekaan yang simple, background white space dipadankan dengan warna pink bersesuaian dengan tema dan konsep seni kecantikan remaja. Keseluruhan karya dihasilkan dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator CS.

International Freelancer Certificate